Monday, 8 September 2014

Jodoh

Apabila namanya manusia memang tidak akan dapat lari dari perasaan ingin berkasih.
Disebabkan itulah--
Allah ciptakan kita ini manusia berpasang-pasangan--
seperti Adam dan Hawa.
Lelaki dan perempuan.

Apabila bercakap soal berpasang-pasangan,
maka tidak dapat tidak ianya dikaitkan dengan soal Jodoh.
Jodoh itu rahsia empunya Allah.
Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui--
jodohnya manusia yang dipasang-pasangkanNya itu.

Jodoh itu akan datang apabila tiba masa yang-- 
sudah ditetapkan Allah di Loh Mahfuz.
Inilah yang dinamakan takdir pertemuan jodoh.
Jodoh itu datangnya apabila manusia yang dipasangkan itu diijabkabulkan dengan lafaz halal di sisi Syariat Islam.

Ada yang jodohnya datang seusia awal remaja,
ada yang jodohnya datang pada senja meniti usia,
ada yang jodohnya tiada di dunia--
tetapi menanti di syurga.
Walauapapun masanya jodoh tiba--
Ketahuilah sesungguhnya Allah itu Sifatnya Maha Mengetahui,Maha Pengasih dan Penyayang.
Siapalah kita ini untuk mempertikaikan bila jodoh kita bakal tiba?
Allah empunya rahsianya Jodoh itu--
maka sebagai hambaNya--
bersangka baiklah pada Allah...
kerana ada hikmah disebalik semua yang telah Allah tetapkan.

Nurul Atiqah Daud,
jodohnya kamu telah ditetapkan.
Tidak semestinya orang yang kau suka dan orang yang kau cinta--
itu adalah Jodohmu.
Jodoh rahsianya empunya Allah.
Maka bersabarlah.

Persiapkanlah dirimu menjadi wanita dan isteri yang terbaik untuk suamimu nanti.
Allah tidak hadirkan jodohmu diketika ini kerana...
Allah memberikanmu masa untuk memperbaiki akhlakmu dan peribadimu supaya--
dapat menjadi yang terbaik untuk suami dan anak-anakmu nanti.

Kau dan dia belum berjodoh lagi.
Ya,baru tersedar yang dia sebenarnya belum jodohku lagi.
Mungkin berjodoh atau mungkin juga tidak.
Banyakkan berdoa.
Mudah-mudahan.
Diberi Petunjuk.
Amin...

Nota: Saat ini saya begitu rindu pada Allah. Allah menyapa hati saat saya telah jauh dariNya. Menyapa untuk kembali bertemuNya kerana DIA rindu. Ya Allah,aku datang padaMu. Memperhambakan diri untuk menjadi kekasihMu sebelum menjadi yang Halal buat suami. Ampunkan NAD, Allah...:,(

No comments:

Post a Comment