Wednesday 11 January 2017

Tak banyak

tak banyak pun aku minta--
cuma kasih aku sebagaimana aku kasih.

tak banyak pun aku pinta--
cuma jangan dibiarkan kecewanya hati bila--
aku tulusnya menyinta.

tak banyak pun yang aku pinta minta--
cuma lemaskan aku dengan lautan syurga cinta yang aku damba.

itu sahaja sebenarnya aku ini,
kalau benar-benar mengenali.

apa susah?
sayang cinta manja seikhlasnya tanpa biar rasa malu mengatasinya.
mudah bukan?

tak mengapa,aku dah culas menagih.
dalam perhubungan yang butuh kasih.

11 Jan 2017 |  tika air mata deras membasahi menemani duka hati lara.


Friday 15 May 2015

END

Dah takda lagi istilah 2 bulan,
counting days or what so on.
Yang tinggal hanya pengakhiran bagi semua cerita cinta--
END...
Apa yang jadi seolah-olah flashback 3 tahun lepas--
2012.
How suffer i am--
dan semalam menangis tanpa henti--
menggambarkan betapa hancur dan kecewanya hati.

Cukup la semalam mengongoi.
Hari ini semua kelukaan--
di simpan paling dalam lubuk hati.

Hidup kena diteruskan.
Kita merancang,DIA yang menentukan.
Jangan lawan takdir,belajar terima dan redha.
Lapangkan hati,Allah lebih tahu apa yang terbaik.


Monday 11 May 2015

Ujian dan kesabaran

Allah takkan uji kita dengan ujian yg berat
melainkan--
Allah dah sedia ada tahu yang kita mampu untuk menghadapi ujian itu.

Ujian itu tanda kasih dari Allah--
untuk melihat samada kita benar-benar--
kembali padaNya atau semakin jauh dariNya.

Sabar itu sukar,
susah,
dan menyesakkan ruang dada untuk menahan
segala macam perasaan yang berbaur sedih,marah,kecewa,duka dan terluka.
Tetapi--
percayalah sesungguhnya sabar itu besar ganjarannya.
Ambil contoh para Nabi dan Rasulullah S.A.W
supaya kita dapat menjadi orang yang sabar dalam erti kata yang sebenar.

Allah sayang orang-orang yang bersabar.

Sunday 10 May 2015

2 bulan

tinggal lagi 2 bulan je lg
tapi tak macam orang lain
hari-hari ditemani tangisan

dah tak larat dah

semoga Allah kuatkan hati

Tuesday 14 October 2014

DIA lebih tahu

entahlah
samada ini rajuk hati sebab kecewa
atau mungkin dah pudar rasanya
wallahualam
tak dapat nak bagi jawapan pada hati yang berkecamuk sekarang

cuba untuk menghadapi dengan tenang
melepaskan segalanya berlalu pergi
memulakan penghijrahan diri yang baru
tanpa menitiskan sebarang air mata
yang pastinya lebih meletakkan harapan
kepada bantuan Allah
apa yang baik untuk diri ini,
semoga Allah permudahkan dan--
apa yang tidak baik,
semoga Allah jauhkan dengan
kekuatan dan keredhaan hati

Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri ini
Selebihnya berusaha ke arah mendapatkan keredhaan Allah

tak mengapa tiada kasih dari manusia
tetapi--
tanpa kasih dari Allah
you are nothing Nurul Atiqah Daud.

Nota: Dah terlalu penat menangis kerana manusia.

Wednesday 8 October 2014

journey to that day starting now...biiznillah

i am preparing myself to that things
i am on my way
n allah will complete it when that day comes.
on allah i put my faith
may allah ease everything smoothly
insyaallah

Monday 15 September 2014

Pinjaman

Segalanya yang Allah beri di dunia ini,
ingat--
ianya hanyalah sekadar pinjaman.
Pinjaman yang mana Allah akan ambil balik ia dari kita--
untuk lihat sejauh mana kita sabar dengan kehilangan.
Mengaku beriman tetapi--
tidak sanggup menghadapi ujian.
Mengaku beriman tetapi--
tidak redha dengan kehilangan.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? 
(Al-Ankabut: 2)

Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jua kita kembali.
Kuatkan hati--
Allah tempat sebaik-baiknya untuk ditangiskan air mata sedih dan pilu.
Bukan kerana lemah,bukan kerana tidak redha dan tidak sanggup
tetapi--
 kerana dipilih untuk menerima ujian yang dianggap sebgai anugerah kasih dari Allah.

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…  
   ( Al-Baqarah: 286)
Nota: Sugar Glider's mommy that we called her name as Ibu,my first pet i bought because of  "tighu" him... Today on 15th September 2014, she was died. She leave her husband,5 children including 3 months old babies.I'm sorry mommy,I'm sorry papa and I'm sorry babies for these lost.I'm crying right now.