Tuesday, 14 October 2014

DIA lebih tahu

entahlah
samada ini rajuk hati sebab kecewa
atau mungkin dah pudar rasanya
wallahualam
tak dapat nak bagi jawapan pada hati yang berkecamuk sekarang

cuba untuk menghadapi dengan tenang
melepaskan segalanya berlalu pergi
memulakan penghijrahan diri yang baru
tanpa menitiskan sebarang air mata
yang pastinya lebih meletakkan harapan
kepada bantuan Allah
apa yang baik untuk diri ini,
semoga Allah permudahkan dan--
apa yang tidak baik,
semoga Allah jauhkan dengan
kekuatan dan keredhaan hati

Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri ini
Selebihnya berusaha ke arah mendapatkan keredhaan Allah

tak mengapa tiada kasih dari manusia
tetapi--
tanpa kasih dari Allah
you are nothing Nurul Atiqah Daud.

Nota: Dah terlalu penat menangis kerana manusia.

Wednesday, 8 October 2014

journey to that day starting now...biiznillah

i am preparing myself to that things
i am on my way
n allah will complete it when that day comes.
on allah i put my faith
may allah ease everything smoothly
insyaallah

Monday, 15 September 2014

Pinjaman

Segalanya yang Allah beri di dunia ini,
ingat--
ianya hanyalah sekadar pinjaman.
Pinjaman yang mana Allah akan ambil balik ia dari kita--
untuk lihat sejauh mana kita sabar dengan kehilangan.
Mengaku beriman tetapi--
tidak sanggup menghadapi ujian.
Mengaku beriman tetapi--
tidak redha dengan kehilangan.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? 
(Al-Ankabut: 2)

Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jua kita kembali.
Kuatkan hati--
Allah tempat sebaik-baiknya untuk ditangiskan air mata sedih dan pilu.
Bukan kerana lemah,bukan kerana tidak redha dan tidak sanggup
tetapi--
 kerana dipilih untuk menerima ujian yang dianggap sebgai anugerah kasih dari Allah.

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…  
   ( Al-Baqarah: 286)
Nota: Sugar Glider's mommy that we called her name as Ibu,my first pet i bought because of  "tighu" him... Today on 15th September 2014, she was died. She leave her husband,5 children including 3 months old babies.I'm sorry mommy,I'm sorry papa and I'm sorry babies for these lost.I'm crying right now.

Monday, 8 September 2014

Jodoh

Apabila namanya manusia memang tidak akan dapat lari dari perasaan ingin berkasih.
Disebabkan itulah--
Allah ciptakan kita ini manusia berpasang-pasangan--
seperti Adam dan Hawa.
Lelaki dan perempuan.

Apabila bercakap soal berpasang-pasangan,
maka tidak dapat tidak ianya dikaitkan dengan soal Jodoh.
Jodoh itu rahsia empunya Allah.
Hanya Allah saja yang Maha Mengetahui--
jodohnya manusia yang dipasang-pasangkanNya itu.

Jodoh itu akan datang apabila tiba masa yang-- 
sudah ditetapkan Allah di Loh Mahfuz.
Inilah yang dinamakan takdir pertemuan jodoh.
Jodoh itu datangnya apabila manusia yang dipasangkan itu diijabkabulkan dengan lafaz halal di sisi Syariat Islam.

Ada yang jodohnya datang seusia awal remaja,
ada yang jodohnya datang pada senja meniti usia,
ada yang jodohnya tiada di dunia--
tetapi menanti di syurga.
Walauapapun masanya jodoh tiba--
Ketahuilah sesungguhnya Allah itu Sifatnya Maha Mengetahui,Maha Pengasih dan Penyayang.
Siapalah kita ini untuk mempertikaikan bila jodoh kita bakal tiba?
Allah empunya rahsianya Jodoh itu--
maka sebagai hambaNya--
bersangka baiklah pada Allah...
kerana ada hikmah disebalik semua yang telah Allah tetapkan.

Nurul Atiqah Daud,
jodohnya kamu telah ditetapkan.
Tidak semestinya orang yang kau suka dan orang yang kau cinta--
itu adalah Jodohmu.
Jodoh rahsianya empunya Allah.
Maka bersabarlah.

Persiapkanlah dirimu menjadi wanita dan isteri yang terbaik untuk suamimu nanti.
Allah tidak hadirkan jodohmu diketika ini kerana...
Allah memberikanmu masa untuk memperbaiki akhlakmu dan peribadimu supaya--
dapat menjadi yang terbaik untuk suami dan anak-anakmu nanti.

Kau dan dia belum berjodoh lagi.
Ya,baru tersedar yang dia sebenarnya belum jodohku lagi.
Mungkin berjodoh atau mungkin juga tidak.
Banyakkan berdoa.
Mudah-mudahan.
Diberi Petunjuk.
Amin...

Nota: Saat ini saya begitu rindu pada Allah. Allah menyapa hati saat saya telah jauh dariNya. Menyapa untuk kembali bertemuNya kerana DIA rindu. Ya Allah,aku datang padaMu. Memperhambakan diri untuk menjadi kekasihMu sebelum menjadi yang Halal buat suami. Ampunkan NAD, Allah...:,(

Friday, 5 September 2014

KECEWA

aku paling kecewa kalau orang yang aku sayang--
buat tuduhan melulu tanpa usul periksa.
apa ingat aku takde perasaan nak dijaga?

Rasulullah ada berpesan...
"lebih baik berdiam jika tiada apa yang hendak dikatakan".
ada sebabnya.
ada hikmahnya.
sekali dah kau cakap benda yang tak sepatutnya dicakap--
memang menambah luka pada hati yang dah sememangnya sedang terluka.

haih...
marah ke aku?
bukan marah tapi kecewa.
paling kecewa bila tak dipercayai,
dicurigai.
penat bermatian-matian mempertahankan benda yang sumpah aku tak buat.

dengan orang lain--
jangan harap aku panjang lebar mengatur ayat menerangkan keadaan sebenar.
bagi aku dengan orang lain--
tak perlu aku nak menjaga hati.
dengan orang yang aku sayang je aku bermatian-matian.
tapi...
tak nampak ke?
tak kesian ke?

satu je nak dipesan
hargai sementara masih ada
kerana kehilangan boleh terjadi pada bila-bila masa.

tanggung

tanggung.
ayat paling sedap untuk dimakan paling dalam.

ingat...
apa yang kau buat, kau tanggung sendiri dan
jangan libatkan orang lain.

berpijak pada realiti keduniaan--
yang orang kau sayang takkan semudah nak terima kau seadanya.
takkan seikhlas hati nak susah senang bersama.
takkan lapang hatinya untuk sama-sama berkongsi duka yang kau rasa.
selayaknya perkataan yang perlu kau hadam adalah--
tanggung.

susah memang patut kau tanggung seorang diri,
jatuh memang patut kau bangun sendiri,
tak perlu simpati,
tak perlu ihsan hati.

Wednesday, 3 September 2014

Kisah cicak dan kawan-kawan

rindu...
zaman sekolah,
zaman asrama,
zaman menggila dengan kawan-kawan yang...
semuanya perempuan.

rindu..
zaman belajar,
zaman dikejar turun naik tangga asrama sambil merayu kepada si keding yang mengusung ekor cicak terkodek-kodek.
si keding tu--dah kahwin dan sedang menunggu kelahiran zuriat september ini.
rindu zaman dikenakan si sepet yang ketawanya begegar laksana gergasi dengan meletakkan cicak di dalam pensil case aku yang ketika itu cikgu Norenjah,guru kepada matapelajaran yang dibenci aku--Matematik sedang mengajar.
Kisahnya aku pergi ke tandas,dan rancangan mendajalkan aku dengan cicak sedang dilancarkan diam-diam tanpa pengetahuan aku.
Cis,bau tahi ditangan pun masih belum hilang,ini pula si cicak yang kelemasan di dalam pencil case sedang menanti aku untuk melepaskan.
Si kecoh bercelak tebal di dalam kelas dah merah muka menahan ketawa sebaik mengetahui sesampainya aku di dalam kelas, jeritan dan lompatan bakal terjadi
kecoh yang sentiasa kecoh membocorkan rahsia dan...
meletus kemarahan aku.
rupanya si keding dan si sepet berpakat mendajalkan aku.
harei ampa,kelas lain-lain pun sempat pekena aku
Mengamuk sakan aku.

Walau apapun cara didajalkan dengan cicak,aku ucapkan sesungguhnya terima kasih kawan-kawan untuk kenangan terindah kita.Its ok dear,aku maafkan..sekurangnya bila aku jauh ni,aku ada benda untuk dikenang.Dah jadi mak dan bakal mak dah:) Bangga.Dah jadi engineer pelantar minyak,hoho dan ustazah yang kahwin dengan kipas susah mati,Baim:)
Dah selamat kawan-kawan aku,aku tak tau bila lagi.Doakan..

Si Keding Nurul Effah Hamzah 
Si Sepet Azlia Shakiela Mohd Yusof http://azliashakiela.blogspot.com/

Cerita ini bukan rekaan semata-mata tetapi kisah yang benar-benar terjadi.

gambar cicak ni je aku sanggup letak.Google yang lain,sumpah tak sanggup tengok.Geli 1 badan-damn u cicak

Tuesday, 2 September 2014

Selagi

Selagi masih ada rasa sayang...
Selagi masih padu perasaan kasih...
Selagi mana kelukaan yang kau rasa masih kau tangiskan...
Selagi itu jangan pernah ucapkan selamat tinggal.

Nota: Selamat ulangtahun 1bulan semalam,belang...semoga kita lebih kuat dan utuh hendakNYA.
                                                                                   -Tompok-

Thursday, 14 August 2014

Lets move on dear

Dear...

u are part from me now on,
being a new chapter in my life...
lets we move on dear--
without arguing each other on what had happen before this.
sigh...

is it so difficult?
don't hurt each other anymore.
just erase and delete our bad memories in the past
and...
everything will be fine.

trust on me:,(



Nota: Fighting and hurting again.Sakit hati...erm

Friday, 1 August 2014

1/8/14


Selamat hari menjadi satu,
Selamat hari menjadi sesuatu.

Selamat hari merapatkan jurang,
Selamat hari memadamkan gelaran kawan.

Walau apa pun ucapan selamat untuk tarikh penyatuan ini,
semuanya untuk menggambarkan yang kita sekarang tidak lagi menjadi dulu.
Malah lebih dekat--
lebih rapat.

Hari yang ditunggu telah dilafazkan.
Penantian untuk sebuah jawapan yang dulu tak berani disuarakan--
telahpun berakhir--
saat kata-kata ini diluah rasa:
"org nk kawen dgn dia"
"skrg ni org bf dia,dia gf org"

Tersenyum indah,
Hati menguntum bahagia.
Janji dah terpatri,
Laut,ombak,pantai dan bulan jadi saksi.

Semoga hari ikatan halal kita nanti dipermudahkan illahi,
saya sayang awak sepenuh hati
dari dulu lagi--
tak pernah terhenti.

Nota: 2 is better than 1 kan syg?:)

NAD + MRR= BECOMES ONE

Monday, 3 February 2014

Entri 2014

Tiga februari, 2014.

dah masuk bulan kedua 2014.
Harap masih belum terlambat untuk menjengah ke sini.
Lama dah tinggal.Rindu.
Dah bersawang kotak hati kita ni:')
fuhhh...(take a deep breath)
Tahun ke 24 untuk 2014.
Dah terlalu membesar tanpa sedar.
Makin dewasa,makin banyak yang mencabar.
*tetibe sebak.haih
Kehidupan rupanya tak seindah mimpi indah yang kita harapkan.
Mimpi pula tak selalunya indah seperti apa yang kita angankan.
Sama juga dengan perancangan,tak semestinya berjalan seperti apa yang kita hendakkan.
Jalan terbaik,berserah pada takdir.
berserah pada takdir?klise sangat ayat.
semudah kata diungkap tetapi tak semudah untuk dilalui.
hari-hari yang mendatang--
cuma berdoa agar diberi kekuatan dan ketabahan hati,
moga-moga tuhan ada perancangan yang lebih baik.
tak nampak dengan mata kasar--
hikmahnya:)Dengan izin Allah.